Module Toolbar

axiata

  • *Stadium Putra telah dikenali sebagai Axiata Arena

    Axiata Arena adalah stadium tertutup serbaguna yang kini merupakan pusat penganjuran utama pelbagai acara sama ada acara sukan dan bukan sukan. Bangunan ini terletak di dalam Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil iaitu diantara Pusat Skuasy Nasional dan Pusat Akuatik Nasional.
     
    Pintu masuk ke arena dan pergerakan dalam menggunakan kemudahan yang disediakan begitu mudah dengan adanya 3 pintu masuk utama dan laluan bebas dari plaza pejalan kaki disekelilingnya. Seramai 15,328 penonton dapat menikmati keselesaan semasa menyaksikan acara konsert, ekspo, perjumpaan dan persidangan dengan adanya 12,482 tempat duduk upholsteri tetap dan 2,846 tempat duduk boleh ubah suai. Tambahan lagi, anda boleh menikmati suasana nyaman menerusi saluran penyebaran yang terletak dibawah kerusi anda.
     
    Arena yang berbentuk segiempat bujur dengan keluasan maksima 69m x 39.4m, merupakan satu ciri yang terbaik kepada stadium ini. Ia boleh diubahsuai kepada berbagai format mengikut aktiviti-aktiviti sukan seperti tinju, badminton, bola keranjang, bola tampar, ping pong, bermain pedang, bola baling, judo, gusti, gimnastik dan pertandingan bolasepak lima sebelah.
     
    Seperti yang dinyatakan awal tadi, konsert dan seminar boleh diadakan pada siang hari dengan suasana seperti malam hari kerana kerana struktur venue ini yang seperti satu kotak hitam yang tidak telus cahaya dan bunyi. Axiata Arena juga merupakan sebuah venue yang sangat sesuai untuk penganjuran majlis perkahwinan yang besar dan acara-acara korporat yang besar seperti pelancaran produk dan pameran.

    Axiata Arena kini dalam fasa kerja-kerja menaiktaraf sehingga sebelum bermulanya Sukan Sea 2017. Justeru itu, segala sewaan dan dan urusan tidak lagi di buat di Axiata Arena. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Perhubungan Korporat di 03-8992 0888
  • Penonton dan komuniti permainan berkongsi kawasan yang berbeza bagi tujuan masing-masing yang terletak di dua aras tingkat bawah tanah dan aras dataran utama. Sistem lampu, bilik ucapan umum, sistem bunyi, penyiaran, komentar dan perkhidmatan tafsiran diletakkan dibawah pusat kawalan dalaman.
     
    Papan mata matriks video berrwarna dengan empat bahagian muka memberikan paparan video aksi pantas dan maklumat acara dengan dibantu oleh sistem bunyi terkini yang berkuasa 103dB. Sistem lampu sorot berkuasa sehingga 1500 lux memberikan pancaran cahaya di dalam stadium.
     
    Axiata Arena menjadi jalan penyelesaian kepada setiap penganjur yang sering mengalami masalah ketiadaan tempat yang mencukupi untuk pemunggahanbarangan, peralatan dan kerja-kerja persiapan. Stadium ini mempunyai laman yang luas (cukup untuk memuatkan 14 kontena yang panjangnya 40 kaki setiap satu) yang menghubungkan di antara stadium dengan dewan latihan yang merupakan kawasan yang paling baik sebagai ruang pemunggahan barang. Pendek kata, Stadium Putra merupakan jawapan yang tepat untuk mengendalikan acara dalaman berkaitan dengan sukan dan bukan sukan.

    Nota:

    Kemudahan di Axiata Arena seperti dinyatakan diatas adalah kemudahan yang tersedia sebelum kerja-kerja menaiktaraf Kompleks Sukan.
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di :

    Bahagian Pembangunan Perniagaan,
    L2-E-10, Enterprise 4,
    Aras 2, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil,
    57000 Seri Petaling,
    Kuala Lumpur
    Tel : +603 8992 0888
  • stdPutra

Go to top