warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

2 1

  • Stadium Nasional merupakan venue sukan yang utama di negara ini. Ia merupakan satu-satunya stadium yang mempunyai kapasiti tempat duduk penonton sebanyak 85,000 di Malaysia sekaligus menjadikannya stadium terbesar di Malaysia, kedua terbesar di ASEAN dan ke-10 terbesar di dunia. Bangunan yang tersergam indah ini baru sahaja dinaiktaraf dengan fasad dan bahagian dalamnya yang bertaraf dunia, terdiri dari kemudahan yang terkini dan mewah. Stadium ini turut dilengkapi dengan Royal Lounge dan Suite Korporat untuk tetamu kenamaan, menjadikan Stadium Nasional sebagai venue pilihan untuk semua.
  • Antara kemudahan di Stadium Nasional ialah:
    • Padang bersaiz 68m x 105m yang menggunakan rumput National Grass
    • 400m x 9 lorong trek tartan
    • Trek sintetik berukuran 9m x 400m
    • Trek memanaskan badan berukuran 6m x 60m
    • Papan skor LED
    • Royal Suite
    • Corporate Suites & Lounge
    • Bilik Doping
    • Bilik Perubatan
    • Bilik Persalinan
    • Pusat Media
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan dan penganjuran acara, sila hubungi KL Sports City di:

    KL Sports City,

    Jalan Barat, Bukit Jalil,
    57000 Kuala Lumpur,
    Malaysia.
    Tel: +603 8999 2466 / +603 8999 5255


  • Cari kami: 3.053557, 101.692483

    KL Sports City,
    Jalan Barat, Bukit Jalil,
    57000 Kuala Lumpur,
    Malaysia.
    Tel : +603 8999 2466 / +603 8999 5255

Go to top