Module Toolbar

hokinasional

  • Jika anda datang Ke Kompleks Sukan Negara , perkara pertama yang menyambut anda ialah Stadium Hoki Nasional yang dinamakan Stadium Hoki 1 dan Stadium Hoki 2 yang terletak bersebelahan diantara satu sama lain.
     
    Stadium Hoki 1 menggunakan sistem kerangka ruang padang Astroturf jenis Domolympic (DomoBelgium) dengan kapasiti tempat duduk berbumbung sepenuhnya untuk 12,000 penonton.
     
    Keistimewaan stadium ini adalah kedudukan susunan infrastrukturnya yang mana termasuk bilik doping, bilik- bilik persidangan, bilik perubatan dan fisioterapi, bilik bantuan kecemasan penonton dan bilik persalinan. Terdapat juga sebuah pusat media yang mengandungi dua ruang istirehat, ruang bekerja untuk 100 wartawan serta dilengkapi dengan satu platform untuk kamera TV, bilik penyiaran dan satu bilik untuk sidang media selepas perlawanan.
     
    Ruang Diraja di Stadium Hoki 1 dilengkapi dengan perabot-perabot mewah yang menjadikannya berada di tahap kualiti yang terbaik. Hiasan dalamannya yang santai dan selesa juga menjadikan tontonan perlawanan lebih menarik dan terhibur.
     
    Stadium Hoki Nasional 2 pula merupakan stadium latihan serta pertandingan. Ia juga mempunyai padang permainan jenis Astroturf jenis Domolympic (DomoBelgium) dangan kapasiti tempat duduk penonton berbumbung untuk 1000 orang dan 1000 orang lagi tidak berbumbung.
  • Kedua-dua stadium ini dilengkapi dengan lampu sorot yang mempunyai paras iluminasi maksima sehingga 1400 lux terletak di bahagian tepi bumbung yang memberikan yang memberikan pencahayaan terbaik bagi perlawanan pada waktu malam. Selain itu terdapat juga papan mata elektronik dan manual berwarna yang disediakan untuk paparan penuh para penonton.
     
    Akan Datang, sekiranya anda terdengar perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dan menikmati perlawanan dengan kemudahan yang bertaraf dunia.
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di :

    Bahagian Pembangunan Perniagaan,
    L2-E-10, Enterprise 4,
    Aras 2, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil,
    57000 Seri Petaling,
    Kuala Lumpur
    Tel : +603 8992 0888
  • stdHockey

Go to top