Module Toolbar

skuasynasional

  • Peminat sukan skuasy di Malaysia mendapat kelebihan untuk menikmati permainan dengan kelengkapan yang terbaik di Pusat Skuasy Nasional. Ianya terletak dalam lingkaran Kompleks Sukan Negara dan merupakan sebuah pusat skuasy terbaik dan canggih dalam dunia sukan skauasy.
     
    Menggunakan teknologi dari Jerman, pusat ini dilengkapi dengan 10 gelanggang latihan yang boleh diubahsuai menjadi 8 gelanggang beregu dengan hanya menekan  butang. Selain itu anda boleh mengubahsuai dinding yang diperbuat daripada jenis fiber yang berketumpatan tinggi serta berkualiti tinggi menjadi satu gelanggang yang besar. Gelanggang utama mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang lebih daripada lain-lain gelanggang kerana dindingnya terdiri daripada beberapa lapisan kaca setebal 12mm dan memudahkan ianya diubah menjadi gelanggang regu atau perseorangan. Gelanggang ini juga boleh memuatkan seramai 1,000 orang penonton.
     
    Acara-acara yang kecil boleh diadakan di 10 gelanggang ini kerana mempunyai galeri penonton yang lebih kecil iaitu setiap satunya boleh memuatkan seramai 50-70 orang penonton.
     
    Penggunaan sistem pneumatic tolakan udara yang dapat menyerap tekanan dari lutut dan buku lali menjadikan lantai gelanggang seperti kusyen udara sebagai salah satu ciri-ciri keselamatan.
     
    Seperti lain-lain kompleks, keputusan dan pemarkahan dikendalikan oleh sebuah papan mata elektronik alpha numeric. Manakala gelanggang yang lebih kecil menggunakan papan mata yang lebih kecil untuk setiap satu gelanggang.
     
    Selain daripada kemudahan-kemudahan yang dinyatakan diatas, pusat ini juga dilengkapi dengan 20 ruang istirehat untuk para pemain,bilik persalinan,pejabat pengurusan pusat media untuk 80 wartawan, sebuah kafeteria dan bilik perubatan.
     
    Gelanggang utama pusat ini kini dinamakan sebagai Arena Nicol David sempena pencapaian cemerlang atlit tersebut dalam sukan ini. Satu hari nanti sekiranya anda merancang untuk mengadakan pertandingan skuasy, datanglah ke Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
  • Sedang Dikemaskini
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di :

    Bahagian Pembangunan Perniagaan,
    L2-E-10, Enterprise 4,
    Aras 2, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil,
    57000 Seri Petaling,
    Kuala Lumpur
    Tel : +603 8992 0888

Go to top