warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

nasional

  • Stadium Nasional yang menjadi venue bagi upacara perasmian Sukan Komanwel XVI KL 98 adalah merupakan antara stadium yang terbesar didunia dengan kapasiti penonton seramai 87,000 orang.

    Stadium kini dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut :-

    • Padang bersaiz 68 meter x 105 meter
    • Trek sintetik berukuran 9 meter x 400 meter
    • Trek memanaskan badan berukuran 6 meter x 60 meter

    Stadium ini turut dihubungkan dengan laluan terowong yang membolehkan atlet-atlet memasuki Stadium Nasional selepas memanaskan badan di kawasan padang dan balapan Majlis Sukan Negara.

    Aspek pembangunan stadium ini adalah berdasarkan perancangan yang terperinci dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Struktur bumbungnya yang menarik adalah diperbuat daripada polyurethane lutsinar yang menghalang pertumbuhan kulat, dan mampu bertoleransi dengan cuaca di negara ini.

    Stadium ini dapat memuatkan seramai 87,411 orang penonton pada satu masa dengan 200 ruang untuk golongan kurang upaya. Tempat duduk orang kurang upaya terletak dibahagian pintu masuk yag berdekatan dengan tempat meletak kenderaan. Terdapat sesuatu yang istimewa dengan tempat duduknya. Kibaran bendera Malaysia, Jalur Gemilang dipamerkan melalui kombinasi tempat duduk yang berwarna-warni dan tulisan TANAH TUMPAHNYA DARAHKU dan STADIUM BUKIT JALIL boleh dilihat dari tempat duduk utama. Penonton yang ingin menyaksikan acara yang berlangsung boleh memasuki stadium memalui dataran utama yang berada di aras yang sama dengan plaza pejalan kaki yang mengelilingi stadium.

    Berita baik menanti pihak media dimana laluan-laluan khas turut disediakan untuk memudahkan mereka masuk ke pejabat berita, studio penyiaran dan bilik kelengkapan teknikal untuk laporan menerusi media elektronik.

    Sistem lampu di Stadium Nasional juga amat sesuai untuk liputan televisyen. Sistem lampu limpah yang diprogramkan mampu memberikan iluminasi sehingga 1500 lux.

    Dua unit papan matriks video berwarna terletak dipenghujung sebelah utara dan selatan stadium. Satu dilengkapi dengan sistem penilaian keputusan pengaturan masa yang memberikan maklumat mengenai acara-acara dan para peserta, manakala satu lagi mempunyai skrin tiub sinaran katod.

    Stadium ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik korporat, lounge VIP, bilik urusetia, bilik rawatan serta perkhidmatan kawalan keselamatan dan lain-lain yang berkaitan kepada keperluan penonton dan pasukan-pasukan yang bertanding. Banyak lagi tarikan yang terdapat di stadium ini selain kemudahan yang sedia ada yang dapat memberikan pengalaman semasa menikmati acara-acara yang berlangsung di Stadium Nasional.
  • Stadium ini dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut: 
    • Padang yang bersaiz 68mx 105m
    • 400m x 9 lorong trek tartan
    • trek sintetik berukuran 9mx400m
    • trek memanaskan badan berukuran 6mx60m
    Tambahan lagi, satu laluan terowong bersebelahan kompleks Majlis Sukan Negara membolehkan atlet-atlet memasuki Stadium Nasional selepas memanaskan badan dikawasan luar stadium. 
     
    Setiap aspek pembangunan adalah didirikan berdasarkan perancangan yang terperinci dan bahan-bahan yang berkualiti. Struktur bumbungnya yang menarik adalah diperbuat daripada polyurethane lutsinar yang menghalang pertumbuhan kulat, manakala padang pula menggunakan rumput jenis National Grass. 
     
    Stadium ini dapat memuatkan seramai 87,411 orang penonton pada satu masa dengan 200 ruang untuk golongan kurang upaya. Tempat duduk orang kurang upaya terletak dibahagian pintu masuk yang berdekatan dengan tempat meletak kenderaan. Terdapat sesuatu yang istimewa dengan tempat duduknya. Kibaran bendera Malaysia, Jalur Gemilang dipamerkan melalui kombinasi tempat duduk yang berwarna-warni dan tulisan TANAH TUMPAHNYA DARAHKU dan STADIUM BUKIT JALIL boleh dilihat dari tempat duduk utama. Penonton yang ingin menyaksikan acara yang berlangsung boleh memasuki stadium melalui dataran utama yang berada diaras yang sama dengan plaza pejalan kaki yang mengelilingi stadium. 
     
    Berita baik menanti pihak media dimana laluan-laluan khas turut disediakan untuk memudahkan mereka masuk ke pejabat berita, studio penyiaran dan bilik kelengkapan teknikal untuk laporan menerusi media elektronik. 
     
    Sistem lampu di Stadium Nasional juga amat sesuai untuk liputan televisyen. Sistem lampu sorot yang diprogramkan dengan lampu halida berlogam memberikan iluminasi sehingga 1500 lux. 
     
    Dua unit papan mata matriks video berwarna terletak dipenghujung sebelah utara dan selatan stadium. Satu dilengkapi dengan system penilaian keputusan dan pengaturan masa yang memberikan maklumat mengenai acara-acara dan para peserta, manakala satu lagi mmepunyai skrin tiub sinaran katod. 
     
    Secara umumnya stadium ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik persalinan, bilik mandi, bilik mengurut,bilik sauna, perkhidmatan kawalan keselamatan dan lain-lain keperluan yang berkaitan kepada penonton dan pasukan-pasukan yang bertanding. Banyak lagi tarikan yang terdapat di stadium ini selain kemudahan yang sedia ada yang dapat memberikan kesukaan semasa menikmati acara-acara yang berlangsung di Stadium Nasional.
     
    Nota:

    Kemudahan di Stadium Nasional seperti dinyatakan diatas adalah kemudahan yang tersedia sebelum kerja-kerja menaiktaraf Kompleks Sukan.


  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di :

    Bahagian Pembangunan Perniagaan,
    L2-E-10, Enterprise 4,
    Aras 2, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil,
    57000 Seri Petaling,
    Kuala Lumpur
    Tel : +603 8992 0888


  •  

  • stdNasional

Go to top