Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). PSM berfungsi mengurus dan menyelenggara kompleks dan arena sukan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kompleks dan arena sukan yang berada di bawah pengurusan PSM bukan sahaja dibuka untuk tempahan acara sukan tetapi juga untuk acara bukan sukan seperti konsert, konvensyen, ekspo dan pameran, majlis perkahwinan dan acara-acara lain yang bersesuaian mengikut arena pilihan.
Antara arena yang diuruskan oleh PSM:
KL SPORTS CITY
- Stadium Nasional
- Axiata Arena
- Pusat AkuatikNasional
- Stadium Hoki Nasional
- Pusat Skuasy Nasional
- Dewan Sri Putra
KOMPLEKS SUKAN BUKIT KIARA
KOMPLEKS SUKAN JALAN DUTA
KOMPLEKS SUKAN SETIAWANGSA
KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM (PANASONIC)