warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

slF.A.Q | cusContact Us | maklumbalasComplaint/Feedback | petalamanSitemap

 MG 4258

 

 

BUKIT JALIL: Lima petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) negara telah berjaya meraih kemenangan bagi kesemua pertarungan mereka pada Jumaat.

Pertarungan ONE: Age Of Champions yang berlangsung di Stadium Putra malam tadi itu antaranya menyaksikan Peter Davis menewaskan lawannya dari India, Rajinder Singh Meena manakala Ann Osman menewaskan lawannya dari Mesir, Walaa Abbas.

Peter yang bertarung dalam Super Fight Malaysia, telah mengalahkan Rajinder menerusi asakan ‘ground and pound’ yang memaksa pengadil menamatkan pertarungan dalam pusingan pertama.

Ketika ditemui wartawan, Peter berkata pada mulanya dia menjangka pertarungannya itu akan berakhir secara berdiri, namun dia tersilap meskipun gembira dengan keputusan tersebut.

“Tetapi saya telah buktikan bahawa MMA di Malaysia akan terus kekal, dan ia akan kekal,” katanya pada sidang media yang diadakan sejurus selepas itu.

Dalam satu lagi perlawanan Super Fight Malaysia, Ann telah berjaya menewaskan Walaa menerusi ‘submission’.

Mengulas tentang pertarungannya, Ann berkata dia memang sudah menjangka pertarungan tersebut akan berakhir sedemikian.

“Apa yang saya boleh kata, dia (Walaa) memang seorang petarung yang kuat, tetapi saya ikut sahaja perancangan awal dan ianya berakhir dengan submission,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, tiga lagi wira tempur Malaysia iaitu Agilan Thani, Gianni Subba dan Ev Ting turut berjaya menewaskan lawan masing-masing dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Masa terpantas pula dicatat oleh Gianni yang mengalahkan lawannya, Thanh Vu dalam hanya 20 saat pada pusingan pertama.

Berikut adalah keputusan penuh ONE: Age Of Champions:

Kejuaraan Dunia ONE Flyweight: Adriano Moraes menewaskan Riku Shibuya melalui keputusan pengadil

Lightweight: Peter Davis menewaskan Rajinder Singh Meena melalui TKO pada minit 2:41 pusingan 1

Flyweight wanita: Ann Osman menewaskan Walaa Abbas melalui submission pada minit 2:23 pusingan 1

Featherweight: Ev Ting menewaskan Cary Bullos melalui submission pada minit 1:05 pusingan 2

 

Flyweight: Gianni Subba menewaskan Thanh Vu melalui knockout pads minit 0:20 pusingan 1

Atomweight wanita: Kirstie Gannaway menewaskan April Osenio melalui submission pada minit 2:50 pusingan 2

Bantamweight: Chan Rothana menewaskan Ramon Gonzales melalui TKO pada minit 4:48 pusingan 1

Catchweight (82kg): Agilan Thani menewaskan Reant Fabriza Rainir melalui TKO pada minit 1:21 pusingan 1

 

sumber: http://www.astroawani.com/berita-sukan/mma-malaysia-raih-lima-kemenangan-di-one-age-champions-55630

Go to top